Tuesday, March 15, 2011

SEPI..


Ketika sepi menyapa diri,
 Adakah aku bersendiri?
 Kekadang menitis air mata di pipi,
Hatiku tertanya-tanya sendiri,
 Adakah aku menangisi diri sendiri?
 Tiba-tiba ku rasakan damai,
Bila tuhan berikan jawapan,
Bahawa diri sentiasa diperhati,
Kau tidak pernah menyendiri,
 Adanya Ar-Rahman yang sentiasa menemani,
 Ayat al-quran penghibur hati,
 Terpana aku bila mengingati,
 KalamMu Yang Maha Tinggi,

"Janganlah berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya.. sesungguhnya, Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."  <Az-Zumar:53>

 Kini barulah aku sedari,
 bahawa sepi itu tak pernah menghampiri,
 Bila hati ikhlas menyintai Illahi,
 Kerana dialah kekasih abadi..

No comments:

Post a Comment