Monday, January 3, 2011

Memori terakhir...

Dari kanan dieja, zahrah(sesat, tak termasuk pun huhu), k.dira & mak usu (mak cik dewan makan yang paling baik & sempoi), c-da and syafiqah. yg bawah pulak dari kanan  piah, fatin and syahirah...

Gambar tu diambil sewaktu malam minggu terakhir di aspuri.. semua pakai baju sama, orang kata cam nak pi kendarat, huhu.. buat gelak jerk. Tujuan pemakaian baju tu sbb nak ambik gambar buat kenangan dengan k.dira & mak usu semata-mata... tp mas dgn zack x de, itu adalah kerana sbb2 teknikal.. haha..  
      
5 Jan 2011 ini adalah tarikh keramat yang mana kami semua akan melangkah ke destinasi yang baru, yang mempunyai suasana yang baru, kawan yang baru, cikgu yang baru, baju baru, ilmu baru,dan segala-galanya yang barulah.. haha.. destinasi tersebut ialah.. MAAHAD JOHOR, yang terletak di johor bahru lahkan..
       
Banyak kenangan yang terlukis di hati ini bersama sahabat2 di bugisiah. yang sentiasa bersama ketika bergelak ketawa dan menjadi madu peyembuh luka ketika hati sedang berduka. Terima kasih sahabat.. hanya ucapan jazakallah hukhairan kasirah yang dapat ana ucapkan pada antunna semua..

sesi pengambaran sewaktu majlis akhir tahun dan perpisahan kakak2 f.5.. bersama warden2 yang teramatlah comel2 belaka.. huhu..

 Terima kasih pada adik2 f.4 yang bertungkus lumus menjayakan program tersebut serta akak ucapkan selamat maju jaya dalam mewarisi kepimpinan pada tahun 2011 nanti.. moga, antunna menjalani tugas dengan amanah dan dedikasi.. Buat yang terbaik untuk SPM tahun depan!
      
Buat sahabat2 ana pulak, apa yang ana harapkan adalah semoga kita sama2 mendapat keputusan yg amatlah gread in SPM 2010 ni dan sentiasa istiqamah dalam menghayati dan menjalani  ilmu2 yang  dipelajari selama 5 tahun ini..moga rahmat Allah sentiasa bersama kita.. InsyaAllah..
Moga, persahabatan indah ini bisa menjadi syafaat di akhirat nanti..

          ~salam ukhwah wa ukhwah fillah abadan-abadan~       

Sunday, January 2, 2011

~BILA HATI MULA BERBICARA~


Assalamualaikum....


Alhamdulillah, ana bersyukur ke hadrat illahi yang telah mengizinkan ana mencipta sebuah blog yang  x seberapa ni.. Rasa terharu bila dapat mencipta satu blog ni.. huhu,, amatlah jakun.. memang sudah diniatkan dihati ini bahawa akan mencipta satu blog selepas selesai peperiksasan SPM ni... Alhamdulillah, tercapai jugak walaupun lewat..  huhu.. buat sahabat-sahabat ana yg melawat blog ana ni, ana ucapkan jazakallahu khaira.. moga sama2 kita dapat berkongsi ilmu dan cerita2 samaada suka @ duka yang mewarnai hidup kita.. kerana apa yang singgah di dalam hidup kita iaitu yang digelar memori! amatlah indah walaupun ianya sepahit hempedu!! perlulah diingati bahawa setiap sesuatu itu ada hikmahnya....


 Pesanan buat sahabat-sahabat ana yang ana sayangi kerana Allah,,  jika hendak berkongsi ilmu atau cerita2 yang menarik amatlah ana alu-alukan..        


Ana rasa ini sahajalah post pertama ana sebagai kata alu-aluan untuk antum semua.. InsyaAllah,, akan ana coretkan  cerita2 yg boleh kita kongsi bersama di lain kali..


                                                             ~Salam ukhwah~