Sunday, March 13, 2011

****Islam Agama Kasih Sayang****

 "Dan berpagang teguhlah kamu semua pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai.." <Ali-Imran:103>

Bismillah.. segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam yang Maha Tinggi kasih-sayangNya serta selawat dan salam buat Nabi Muhammad S.A.W yang setia cintanya walaupun sewaktu di hujung nyawa.. Alhamdulillah,, ana berkesempatan untuk menulis lagi post buat yang kesekian kalinya walaupun sudah lama ana meninggalkannya,,  selama 5 minggu di maahad dengan jadual yang padat dan penuh sentiasa,, menambahkan kepenatan dan kelelahan kepada kami warga maahad... alangkah gembiranya kami apabila tarikh pulang ke kampung semakin menghampiri.. segala agenda dan rancangan untuk memenuhi waktu cuti sudah terset kemas di diminda masing2.. semuanya mengharapkan yang indah2 belaka..

Hari jumaat,, 11 mac 2011,, maahad mengadakan mesyuarat agong PIBG dan merupakan hari kami balik ke kampung.. semua berwajah ceria.. kerana terasa begitu lama sudah tidak pulang ke rumah.. begitu juga ana,, lama tidak menatap wajah umi dan ayah serta adik-adik ana... jika di bugisiah dulu stp minggu ayah dan umi datang menjenguk,, tidaklah ana rasa sedih sangat.. tapi semasa di maahad.. x datang langsung!! huh.. sedih betul.. sayu je bila ana terpandang kereta avanza biru di hadapan pagar maahad yang merupakan kereta pelajar2 MARSAH...

Apabila segalanya sudah siap.. ana, syafiqah, aishah ayob, dan aishah ghani pun bertolak keluar maahad... kami agak malang sedikit kerana  pemandu bas maahad tidak ada untuk menghantar kami ke stesen bas larkin,, mungkin cuti kot.. entahlah.. jadi kami sebulat hati untuk menaiki teksi untuk ke larkin.. punyalah tunggu kat depan pagar  tapi x de pun yang berhenti.. hampeh betul.. semua teksi penuh... waktu tu,, ada lagi sekumpulan banat yang baru keluar dan menunggu teksi bersama2 kami.. disebabkan bosan menunggu,,, mereka berjalan ke arah jalan raya besar untuk mencari bas pulak kot... erm,, entahlah.. hehe..

Selama 20 minit menunggu,, aishah ayob mengajak kami mengikut jejak langkah banat tadi,, berjalan ke arah jalan besar.. mula2 aishah ghani keberatan tetapi melangkah jua.. huhu.. penatlah juga.. tidak sampai 3 minit b'jalan.. sebuah teksi menekan hon kearah kami.. rupanya banat yang berjalan tadi telah berjaya mendapatkan teksi.. huh,, menyirap juga..selepas itu pula,, ada sebuah teksi melalui hadapan kami.. tapi di dalamnya ada penumpang,, kami hanya melihatnya dengan rasa hampa.. tapi yang ana terkilannya,, teksi tersebut berhenti betul2 ditempat kami menuggu tadi.. dia menurunkan penumpang di situ.. pelajar MARSAH rupanya penumpang tersebut.. geramnya,, hanya tuhan saja yang tahu..

Aishah ghani dah membebel.. apa yang ana dpt tangkap hanya kata2 ni.. "so,, kesimpulannya.. bersabarlah yee!" sambil menjeling ke arah sahabatnya yang paling rapat.. aishah ayob.. aishah ayob hanya t'senyum saja.. dah biasa,, diaorg selalu bergaduh,, tetapi klu x jumpa.. x hidup!! ana pula.. rasa nak ketawa ada.. nak menjerit ada.. nak menangis pun ada.. tapi tiba2 ana tersenyum sendiri apabila teringat kata2 sahabat ana.. segala sesuatu yang b'laku itu pasti ada hikmahnya.. selepas itu ana memandang ke sekeliling.. ana tgk zoo.. kat sebelah maahad ada zoo.. ana nampak keldai,, kancil,, dan macan2 lagi.. ketika itu ana lihat,, ada seekor ibu kancil sedang menjilat2 badan si anak untuk membersihkan badan anaknya.. Maha Suci Allah.. yang menjadikan semua makhluknya berkasih-sayang...

Setelah penat berjalan ana menyuruh sahabat2 ana berhenti di tepi Masjid Abu Bakar.. ana menyeberang jalan untuk melihat binatang2 di zoo dengan lbh dekat.. syafiqah berpesan jika ada teksi yang lalu kat seberang jalan tu,, tahan je.. ana hanya menganggukkan kepala.. selepas bosan ,, ana mengeluarkan risalah yang ana terima semasa menulis nama di pondok guard tadi.. pasal maal hijrah.. memang menjadi kelaziman,, kami akan mendapat risalah yang berupa peringatan dan segala aktiviti2 kami selama di maahad untuk diberikan kepada ibu bapa di rumah.. tajuk pada kali ini ialah,, Selamat Menyambut Maulidurrasul dan selamat ber'C.U.T.I.. <Cekallah Untuk Istiqamah> agak sama dengan bln lepas iaitu C.U.T.I.. <Cinta Untuk Terus Istiqamah>

 Setelah hampir 5 minit,, Allah memudahkan urusan kami.. Alhamdullilah.. ada sebuah teksi yang lalu di hadapan ana,, ana terus je tahan.. rupanya,, pemandu teksi tersebut ayah kepada kawan ana.. pelajar maahad juga.. sahabat2 ana yang diseberang jalan terus berkejar ke arah ana..nasib baik pak cik tersebut sanggup untuk menghantar kami ke larkin.. terkejut juga pak cik tu,, dia ingatkan ana seorg je,, tapi 4 org sekali.. dengan badan aishah ghani yang agak besar.. kami terpaksa b'hempit2.. ana dah x peduli apa.. matlamat hanya satu.. nk sampai larkin cpt!! klakalah juga..

Semasa di dalam teksi tersebut.. ana meneruskan bacaan risalah yang t'tangguh tadi.. selepas itu ana pandang ke arah luar.. kami melalui salah sebuah sekolah menengah kebangsaan.. ana lihat,, ramai pelajar2 sekolah menunggu bas dan ibu bapa di luar pagar sekolah.. tiba2 ana t'pandang seorang pelajar perempuan,, yang berbaju sukan dan bertudung menyiram kawannya yang memakai baju sekolah berwarna putih dan b'tudung itu dengan menggunakan air mineral 500 ml.. ana agak t'kejut dengan situasi tersebut.. ana lihat orang yg disiramnya tidak melawan langsung tetapi hanya mengibaskan-gibaskan saja bajunya yang basah.. orang yang menyiramnya ketawa terkekeh-kekeh dan terus berlari sambil meneguk baki air tersebuat... terkejutlah juga dengan peristiwa tersebut... ana tertanya2.. bagaimana jika ana di tempatnya????

Selepas itu ana pandang ke arah risalah yang ana baca tadi.. ana teringat Nabi S.A.W yang menyebut "ummati.. ummati.." sewaktu di ambang maut.. tingginya cinta dia kepada umat.. ana t'ingat pula kepada sahabat2 baginda... Saidina Ali, Abu Bakar,, Osman, Omar dan ramai lagi yang amat mengasihi dan sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan Nabi S.A.W.. teguhnya kasih-sayang mereka kepada Nabi S.A.W.. apabila ana mengatakan kpd sahabat2 ana mereka mengatakan bahawa "birthday dia tu.. saja je nak kenakan.." lepas tu ana rasa b'salah pula.. ana telah b'buruk sangka!!!! ana terus positifkan diri bahawa mereka hanya bergurau je.. lagipun aritukan jumaat.. esok cuti.. erm,, lupakan jelah...

Tepat pukul 1.10 petang.. kami sampai ke larkin.. Alhamdulillah.. pak cik tu pula mengenakan upah yang agak muranlah juga.. RM 2 sorang,, o.klah tu.. kami terus menuju ke stesen larkin.. dah ramai yang sampai.. sewaktu menunggu orang abis solat jumaat,, kami berbelanja di sana.. apa yang terlintas difikiran ana ialah kedai buku.. nak cari novel baru untuk dibaca.. novel yang ana pilih ialah terasing,, karya hilal asyraf,, menceritakan tentang jangan mengasingkan diri dari sahabat yang soleh supaya tidak terasing dari hidayah Allah..

Bas kami bertolak pada pukul 3.15 petang.. jadi,, selepas solat zohor,, kami melepak kat bawah,, ana teruskan membaca novel yang baru dibeli.. tiba2 aishah ayob mengajak ana ke bilik air.. ana ikut je.. tapi ana x masuk,, hanya menuggu di luar.. tidak lama selepas itu,, datang sepasang suami isteri yang agak tua.. si isteri mahu ke bilik air.. si suami pantas mengambil hand beg isterinya sambil berkata.. "biar saya pegangkan,, awak pi masuk.. ada duit syiling x?" tanyanya.. si isteri hanya menggeleng.. si suami pantas menyeluk poket bajunya untuk mencari duit syiling.. selepas dapat apa yang dicarinya,, dia terus menyerahkan kepada isterinya.. sebelum si isteri berlalu pergi.. sempat lagi si isteri berpesan"awak tunggu kat sini tau.. jangan tinggalkan saya.." si suami dengan b'sungguh2 nya menafikan akan meninggalkannya.. ana hanya tersenyum melihat situasi tersebut.. mereka seperti saling lengkap-melengkapi.. amat penyayang si suami kpd isteri.. kesian juga ana lihat keadaan pak cik tu dengan tangannya penuh dengan barang2.. nak tolong tapi malulah plk.. x pe lah.. moga pak cik, makcik tu.. dipermudahkan segala urusannya...

 Tepat pukul 3 kami naik bas.. ana lihat ke luar bas.. pelbagai kerenah manusia yang ana lihat.. ada juga banin dan banat MJ sedang menunggu bas mereka.. lepas tu,, ana lihat ke arah bas di sebelah.. ana tersenyum sendiri apabila melihat sepasang suami isteri yang ana jumpa di hadapan toilet tadi.. mereka sedang berbual2,, selepas bas bergerak ana berfikir.. Alhamdulillah,, Allah mengurniakan ana sahabat2 yang amat baik2 belaka.. yang sentiasa di sisi ketika susah dan senang.. dan nikmat yang paling ana syukuri ialah nikmat iman dan islam.. bukankah Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda.."tidak sempurna iman seseorang kamu selagi mana kamu tidak mencintai sahabat kamu..." benarlah islam itu agama kasih-sayang..

 Sahabat ana umpama bintang di malam hari,, mereka adalah teman seperjuangan, pembina semangat dan sebagai petunjuk jalan.. macam orang putus asa bila sesat diwaktu malam, tengok bulan bintang,, rasa damai dan tenang akan datang.. dan mungkin dengan petunjuk bulan bintang mereka akan temui petunjuk jalan...<terasing,, hilal asyraf>


Teringat pula lagu kasih sayang dari kumpulan raihan yang selalu ana dengar sewaktu kecil2 dulu...

kasih-sayang,, itu titi,
kasih-sayang penghubung hati,
kasih-sayang itu tali,
kasih-sayang itu simpati,

Moga ukhwah yang terbina sentiasa di dalam rahmat dan keredaannya.. Uhibbukafillah~


                                                              ****salam ukhwah****

No comments:

Post a Comment