Saturday, April 30, 2011

Hadiah istimewa...

Petang tadi masa ana tengah tengok cite baby genius kat astro ceria (cam budak kecik) tiba2 telefon rumah berbunyi.. rupanya ayah telefon. dia suruh siap2 sebab malam nanti nak belikan kamera untuk ana..

 waa.. happy yer.. x sangka sangat...  terima kasih Allah, terima kasih ayah, terima kasih umi....


Ayah kata, tu hadiah dari umi dengan ayah untuk birthday & SPM (o.k sangat ke?) bila adik2 ana dengar, diaorang semua terus jeles dan rasa bersemangat.. katanya nak belajar betul2.. yang si kimi x berabis cakap nak  naik kelas tahun depan..


Pandai x ayah ana main psikologi?


Walaupun hanya kemera digital yang berjenama OLIYPUS T-110.. ana tetap rasa syukur sangat.. tu lah hadiah yang paling istimewa untuk tahun ni.. huhu.. pemurahnya Allah...


Buat arruhul jadid cik abang yang berada di petaling jaya sana.. apa khabar kamera kamu? hehe.. la tahzan.. jgn risau, akak adalah orang yang baik hati.. nak pinjam? boleh je tp kene cass lah.. hoho.. (mcm hang selalu buat)


Erm,, insyaAllah.. dengan hadiah ikhlas dari ayah & umi, akak akan terus maju utk meraih kejayaan.. insyaAllah..


SEKIAN....   SALAM UKHWAH~

Benci Dunia Cinta Akhirat

Bismillah....


Alhamdulillah.. dapat lagi ana meng update blog ni. kesian blog ni, dah bersawang dah.. kali ni ada ada benda best nak kongsi dengan antum semua.. pasal, hinakah cinta dunia? Ada beberapa situasi yang menyebabkan ana nak berkongsi pasal benda ni..


SITUASI 1

Masa tu, ana nampak surat khabar metro kat dewan makan.. ana beleklah kejap, kebetulan masa tu tgh baca cerita pasal ada show kat disneyland.. tiba2 kawan ana datang.. dia pun menyebok-yebok nak baca.. ana pon bagilah, tapi dia tak nak pulak.. dia kata..


"ish.. dunia.. dunia.. tak naklah..."

Terdetik dihati ini.. dia perli aku ke?


SITUASI 2


"masa tu, saya datang rumah ustaz ni, ya Allah.. punyalah mewah, siap ada hometeater lagi.. apa nak jadi.... bla.. bla.. bla.."
Itulah salah satu perbincangan yang ana dengar dalam suatu tazkirah..


Terdetik di hati ini.. Syadidnya dia ni...

Teruk sangat ke cinta dunia ni???


Cuba kaji mesej diantara hadis-hadis nabi SAW yang bersabda:

 "Dunia itu penjara orang mukmin dan syurga orang kafir"

Sabda Rasulullah lagi..

"Dunia ini ibarat bangkai. Hanya anjing saja yang merebut bangkai"

Dan sabdanya lagi..

"Dunia itu terkutuk, terkutuk juga segala isinya melainkan apa yang dikerjakan di dunia itu, semata-                         mata kerana Allah"

Walaupun pendapat sesetengah orang kenyataan di atas itu bukan hadis, tapi suka ana mengajak antum semua memahami mesej disebalik kenyataan itu dengan bijak dan cermat...


Jadi, mari kita mengkaji bersama-sama.. yosh!


Kenyataan yang pertama itu harus difahami begini... Dunia seperti penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.. maksud kenyataan itu lebih kepada hidup berperaturan! Orang mukmin itu semasa hidupnya di dalam dunia ini perlu mengikut peraturan... barulah gaya hidup orang mukmin itu lebih kemas dan teratur Manakala orang kafir pula, semasa hidup di dunia ini hidup bebas tanpa dikawal undang2 islam... kehidupan mereka seperti dalam syurga yang sememangnya tiada peraturan.. Jelaslah disini.. dunia itu tidak harus dibenci, sebaliknya harus dinikmati dengan mengikut peraturan..

Kenyataan kedua pula menjelaskan bahawa dunia tidak perlu dikejar dan diburu kerana lazimnya sesuatu yang diburu itu adalah lazimnya seperti bangkai yang amat digemari oleh anjing! Jadi, jika umat islam suka memburu dunia sehingga melupakan Allah, ibarat anjing yang mengejar bangkai..

Bukankah Allah telah berfirman.. " siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambahkan keuntungan itu baginya. Dan siapa yang menghendaki keuntungan di dunia, kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat"  (Surah al-Syura:42:20)

Kenyataan ke 3 pula dikuatkan lagi dengan hadis tersebut yang membawa maksud bahawa dunia ini tidak akan dihina atau dikutuk jika ia dikerjakan semata-mata kerana kehendak Allah.. oleh sebab itu, dunia tidak salah dicintai oleh umat islam asalkan mereka tidak  membelakangi Allah...


SETUJU TAK??? hehe..

Dari situ ana sedar.. TIADA ISTILAH BENCI DUNIA CINTA AKHIRAT!  kita sebagai umat islam,  perlulah ada sifat TAWAZUN dalam diri kita.. tawazun itu bermaksud seimbang..  keseimbangan amat penting dalam diri insan untuk meraih kecemerlangan dunia dan akhirat.  

Dalam hidup, ada banyak benda yang ingin kita capai.. semua mahukan kecemerlangan di dunia dan akhirat.. dalam urusan dunia, kita perlu mencari duit untuk makan, pakaian, tempat tinggal dan lain2 lagi,, tetapi pada masa yang sama, kita juga punya tanggungjawab kepada Allah dalam beribadah seperti solat, zakat, membaca al-Quran dan lain2 lagi.. tanpa bijak menyeimbangkan kedua-dua perkara ini,, maka kehidupan kita akan hancur..


Akhir kalam.. tidak salah cintakan dunia.. tetapi haruslah sentiasa menjaga tanggungjawab kita terhadap Allah dan sentiasa menjaga hati agar setiap pekerjaan yang kita lakukan mendapat redha dan rahmatnya.. (jaga niat)


SEkiAN....
                                                                  
            :::::::::SALam UKhWah::::::::

Friday, April 29, 2011

Birthday ke 18 tahun...

Bismillah....


       Alhamdulillah... dah 18 tahun.. erm,, ana dah besar dah!

I



tu menandakan umur ana semakin pendek! huhu.. kematian itu semakin menghampiri...


Amat sedih birthday kali ini.. kalau dulu, umi dengan ayah setiap tahun, dari form 1-5 hantar kek kat asrama... sambut sama2, lepas tu sambut dengan kawan2...  tapi tahun ni.. sedih sangat, ayah dengan umi tak datang.. sebenarnya ana yang tak bagi ayah dengan umi datang, sebab jauh dan menyusahkan je.. lagipun 2 hari kemudian  ana balik.. kita sambut kat umah ye.. hehe..


Buat yang berada di Petaling Jaya tu.. jgn jeles yer.. kami happy2 kat sini.. hehe.. jgn lupa balik nanti bawak hadiah...

Walaupun sedih sikit, (sebenaryer biasa je..)
Tapi tak apa, Allah maha mengetahui kesedihan hati ini.. ayah dengan umi tak ada, tapi Allah ganti dengan kawan2, sahabat2 yang amat baik sekali...


Terima kasih Allah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...


Yang ana tak dapat lupakan bila aishah ghani nyanyikan ana 4 buah lagu... terdiri dari lagu b.m, b.i, arab dan jepun.. thank aishah,, dan terima kasih semua.. uhibbukafillah...

                                                        Nilah aishah ghani.. comel tak? haha..


Walaupun birthday tahun ni tak semeriah tahun lepas, (sampai buat video) tapi ana happy sangat..


Ya Allah.. kekalkanlah rasa ukhwah kami ini hingga ke syurga... amin..



Ana rasa tu je post kali ni...
Doakan ye, ana sentiasa berjaya dalam semua perkara..
Sentiasa dalam redhaNya...
Dan mumtaz sentiasa..
Amin.. Amin.. Amin..


                                                                          ~SALAM UKHWAH~

Friday, April 8, 2011

Bila berbincang tentang bahasa

Bismillah...


Malam itu, masa ana dengan kawan2 sedang prep kat dewan makan, tiba2 datang kak ur dan mengatakan "time's up" kat aishah ghani  (dia bagitau yang masa prep dah abis)

Lepastu aishah ghani ketawa.. dan berkata...

Aishah: teringat aku kat ustaz bachok.. kalau masa dia jaga pekse dulu, dia suka sangat cakap.. "o.k, masa dah time, sila hantar kertas yer,,"

Ana pun turut ketawa sama.. a'ah, teringat pulak kat cikgu ekon ana tu.. hehe.. cikgu yang paling suka buat lawak..


Bila ana dengar kata-kata aishah tu, ana teringat kat satu peristiwa ni.. erm, klaka lah jugak..
Nak tau?? jom baca...

Hari tu masa last madah b.m, cikgu diana masuk.. budak2 lelaki masa tu tengah sibuk baca surat khabar.. sampailah dah abis baca doa, diaorang tak simpan lagi surat khabar tu... lalu cikgu pun tegur..

Cikgu: dah2 lah baca, cerita apa yang khusuk sangat awak baca tu? dah2 simpan..

Lepas je kena tegur, diaorang pun simpan....


Dipendekkan cerita, masa tu dah nak balik.. belum pun cikgu bagi salam, diaorang cepat2 keluarkan surat khabar tu, aisey.. apekene jakun jiddan budak2 tu.. sebok sangat dengat bendaalah tu.. ish~

Bukan ana je pelik, tapi cikgu pun pelik... lepas je bagi salam, cikgu pun bermadah..

Cikgu: Ya Allah, apa yang best sangat cerita kat peper tu hah apis? cuba bagitau saya..

Apis Juki yang merupakan ketua kelas ana masa tu, menjawab dengan penuh semangat..

Apis: cerita kemalangan accident cikgu..

Cikgu: hah, apa? apalah awak ni, dah lah kemalangan, accident pulak tu.. ish, tulah bahasa awak semua, main cakap je, ha.. contoh yer, kalaulah awak suruh kawan awak pakai baju, mesti awak cakap," wei, cuba ko test, try baju ni.." dahlah suruh cuba, test, siap suruh try lagi...

Masa tu, satu kelas ketawa.. baru perasan kesalahan masing2... adeh~
Erm,, bila pikir balik, memang banyak sangat kesalahan pada bahasa yang kita gunakan hari2..
So, kesimpulanyer, jagalah bahasa ibu kita..
Jangan jadi cam aishah ghani.. lejan jer.. hoho..

{mesti pembaca tertanya-tanya, apa motiflah si fatin ni post bendaalah ni?? hehe.. sebenaryer ana pon tak tau.. Allah bagi ilham kot.. hoho.. x de motif pon!}

Sekian...


                                                                      Salam Ukhwah