Thursday, March 17, 2011

Malam itu~

                            
 Bismillah....


Alhamdulillah.. ucapan puji-pujian ana ucapkan pada Ar-Rahman  kerana telah memberikan ana ilham untuk menulis post ini,, tidak lupa pula selawat dan salam buat nabi Muhammad S.A.W iaitu seorang manusia yang amat tinggi peribadinya.. terutama terhadap jiran2 baginda..


Post ana kali ini tidaklah terlalu ilmiah,, hanya cerita yang ana alami semalam sekadar untuk dikongsi bersama.. hehe,, mungkin disebabkan suasana rumah yang amatlah sunyi.. bosan~


 Ana pelik juga kenapa rumah sunyi semacam,, rupanya adik ana si hakimi tu ada tuisyen kat bawah dengan cikgu halim yang merupakan guru tuisyen peribadi..

Tapi insyaAllah antum semua akan dapat beberapa butir mutiara teladan yang akan ana selitkan dalam kisah ini.. insyaAllah..   citernye macam ni... bermulalah alkisah...


Malam tadi selepas solat maghrib dan membaca  ayat al-quran,, ana terus turun ke bawah dan buka laptop.. tapi apalah malang,, semua benda kat dalam laptop x boleh baca! semua bertukar menjadi adobe reader!!!! apalah.. punya gelabah.. ana  rasa takutlah sangat sebab laptop ni ayah yang punya.. kalaulah ayah tau,,  mati woo.. gerenti x kasi pinjam  lagi,, ni bagi pinjam pun sebab pc kena serang virus,, kimi punya pasallah tu.. huh~

Selepas berperang dengan laptop yang menyakitkan hati ni hampir setengah jam.. ana rasa buntulah sangat2 wargh!!! rasa nak menjerit.. tapi ana tak tau kenapa..  bagai ada bisikan yang suruh ana pi rumah jiran sebelah.. rasa pelik jugalah sebab ana ni dengan jiran x lah rapat sangat, itu adalah sebab situasi duduk kat asrama, balik je memang x keluar rumah..erm,, sebelum tu nak tau sapa jiran ana? meh ana citer..

Jiran di sebelah kanan ana adalah keluarga yang berbangsa cina dan amatlah baik hati.. setiap kali raya cina tak pernah lupa beri kami buah tangan seperti gula2, cokelat, limau dan banyak lagilah.. semuanya dijamin halal!! dengan sifatnya yang amat pemurah itu,, apabila tiba raya puasa pasti kimi  ingin membalas pemberian itu dengan memberikannya kuih raya.. ana gelak je,, baik jugalah hati budak kecik ni.. ana selalu panggil jiran ana ni uncle micheal.. ana dengan uncle selalu bertegur sapa bila bertemu, kalau dengan family dia jaranglah sikit.. paling2 tidak pun ana akan senyum je.. hehe..

Jiran di sebelah kiri pula adalah pelajar2 puteri UTHM.. ana jarang bersua muka dengan mereka ni susah nak jumpa sebab semua sibuk belajar.. buat pengetahuan antum semua.. ana tak pernah bertegur-sapa dengan mereka semua,, paling2 pun senyum je, tu pun masa nak sidai baju.. punyalah teruk perangai! hei,, bila nak berubah ni.. erm,, tapi malam itu merubah segalanya...


Selepas kepala buntu dan macam nak keluar asap dah.. ana terus capai tudung dan sweter tak pikir panjang,, terus keluar rumah sambil angkut laptop sekali.. malam tu ayah tak ada kat rumah sebab ada usrah kat luar.. selepas meminta izin umi ana terus keluar.. masa keluar rumah, ana dengar bunyi kereta kat depan rumah uncle,, so, memang tak boleh mintak tolong dia sebab dia keluar rumah.. lepas tu ana sarung selipar dan main lejan je pi rumah kakak2 tu.. takutlah juga..

 Selepas memberi salam selama lebih kurang 5 minit, keluarlah seorang kakak.. ana teruslah mintak tolong.. Alhamdulillah,, semua kakak2 tu baik2 belaka.. mereka sudi menolong.. diaorang cakap "kena virus ni dik.. akak pun x tau sangat ni,, nanti akak tanya kawan akak nama dia sim" lebih kurang gitulah kata2 yer.. hehe..

Masa dalam perjalanan nak ke rumah kawan dia tu,, kiteorang pun ber ta'aruf.. nama kakak yang drive kereta ialah kak bee.. yang lagi sorang kak selly.. masa kat rumah kawan dia (sim) tu kiteorang pun berbual..  daripada perbualan yang agak lama jugalah (sebab laptop rosak teruk kot)  ana dimaklumkan bahawa mereka semua duduk di rumah tu seramai 5 orang, semua ambik jurusan yang sama iaitu jurutera.. mereka semua dalam sem last sekarang ni, bulan 5 diaorang semua pindah,, wuu.. sedihlah juga,, baru je nak kamcing dah nak pindah.. adeh~

Masa kami sedang berbual-bual, sim rakan mereka yang berbangsa cina mengajak kami masuk, kami memang tolaklah.. sebab x berani nak masuk umah lelaki ni,, x pasal2 ade je benda buruk berlaku.. menurut kak bee, sim ni satu coss jugak ngan dia, tapi dia terre bab computer ni, kalau diaorang ada masalah dengan komputer, memang diaorang jumpa si sim nilah..


Selepas segala-galanya selesai, kiteorang pun balik.. memanglah sim tu baik sebab dia langsung x kenakan bayaran.. kakak tu kata, "sim ni memang baik,, kalau nak hantar pc yang rosak tu, cakap je ngan akak, nanti akak hantar kat dia sebab kiteorang memang kamcing." huh,, memang ana rasa lega sangat.. alhamdulillah.. semua selesai.. memang betullah, sesuatu musibah itu pasti ada hikmahnya.. macam cerita ni.. ana dapat 3 kebaikan iaitu..

  1. lap-top ana dah o.k balik tanpa menggambil masa yang lama, dan tanpa dikenakan cass langsung!
  2. ana dah jumpa tempat yang sangatlah baik untuk menghantar pc ana yang rosak tu.
  3. dan, ana dapat kenal kakak2 yang comel dan baik hati tu.

Itulah kebaikan yang ana dapat,, thank you Allah..


Lepas ni, ana nak try rapat dengan kakak2 tu,, ops, bukan dengan kakak2 tu je, tapi semua jiran2 ana.. insyaAllah...


Ana teringat satu lagu tentang jiran ni, amatlah terkesan dalam diri..lagu dari MESTICA tajuknya sendu sedawa..

Adakah kau tahu?
Siapakah mereka jiran tetangga mu,
pernahkah engkau melihat,
Apakah dalam sendu atau sendawa,
Kenalilah dan bertegurlah sapa,
Dengan akhlak yang mulia,
Hidup berjiran susah dan senang,
suka duka, dirasa bersama....

Semoga antum semua dapat mengambil beberapa butir mutiara teladan dari cerita ini dan lagu tersebut..


                                                                               ~salam ukhwah~

2 comments: